Sabtu, 13 September 2014

Wahai Hati Bersikap Terbukalah~ ♥

Ingatlah bahawa.....

Seandainya Allah tidak mengurniakan seseorang yang kamu impikan,
Semoga Dia mengurniakan seseorang yang mengimpikan dirimu..

Seandainya Allah tidak mengizinkan seseorang yang kamu rindukan,
Semoga Dia mengizinkan seseorang yang sentiasa merindukan dirimu..

Seandainya Allah tidak menghadirkan seseorang yang kamu dambakan,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang selalu mendambakan dirimu..

Seandainya Allah tidak memberikan seseorang yang hatimu ikhlas terhadapnya
dalam kehidupan ini,Semoga Dia memberikan seseorang yang ikhlas hatinya terhadap dirimu..

Seandainya Allah tidak menyatukan hatimu dengan seseorang yang kamu cintakan,
Semoga Dia menyatukan hatimu dengan seseorang yang tulus mencintaimu..

Yang bukan hanya kerana apa yang ada padamu
Tetapi apa adanya seadanya dirimu....

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati
dan ketaqwaan kepada-Nya..
InsyaAllah.....

Duhai Hati,
Sentiasalah bersikap terbuka,
InsyaAllah,pasti dirimu akan BAHAGIA.
Aamiin Ya Mujib.  n_n


Tiada ulasan:

Catat Ulasan