Sabtu, 22 Disember 2012

Golongan Yang Tidak Dihisab Memasuki Syurga

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Apabila telah datang hari kiamat,maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu Syurga tanpa dihisab dan disiksa,mereka ialah :

1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang
membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah
tanpa riya.
 


Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga,kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail a.s menghakimi mereka.

Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"


Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah."


Berkata Jibrail a.s, "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?"
Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim ulama." 

Berkata Jibrail a.s lagi, "Jagalah kesopanan,jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."


Kemudian Jibrail a.s bertanya kepada yang mengerjakan haji, "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"


Berkata yang berhaji,"Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."


Berkata Jibrail a.s, "Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?"


Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama."


Berkata Jibrail a.s, lagi, "Jagalah kesopananmu,jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Berkata Jibrail a.s. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?" 

Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t"


Jibrail a.s berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"


Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."


Maka Jibrail a.s. pun berkata, "Jagalah kesopananmu,jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."


Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku,tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."

Lalu Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu,bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu..Kemudian barulah orang-orang lain masuk." 

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."


Allah s.w.t berfirman,maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."


Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid,dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada."


Rasulullah s.a.w bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran)..Janganlah engkau menjadi orang yang keempat,akan rosaklah engkau."


Orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Amal apakah yang paling utama?"
Rasulullah s.a.w menjawab, "Berilmu tentang Allah." 

Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara,dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga,iaitu : 

1. Wajah yang manis dan berseri-seri. 
2. Tutur kata yang bersopan. 
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah. 
4. Tangan yang dermawan.  

Empat perkara bagi penghuni neraka : 

1. Muka yang muram. 
2. Tutur kata yang keji. 
3. Hati keras yang engkar. 
4. Tangan yang kedekut (bakhil). 

Sabda Rasulullah s.a.w, "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara:  

1. Dengan berilmunya para ulama.  
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah. 
3. Dengan orang kaya yang dermawan. 
4. Dengan doanya orang yang fakir.

Wallahu a'lam...

 

 





 

Titian Sirat Di Padang Mashsyar

SESUNGGUHNYA pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim.

Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarh-Muslim menulis,ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan Api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Orang mukmin akan terselamat disebabkan keimanan dan amal soleh yang mereka lakukan di dunia,manakala orang Kafir dan Murtad akan terhumban ke dalamnya.


Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad s.a.w yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Dan direntangkan sirat di antara dua jurang Neraka Jahanam,maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus."

Tahap kelajuan seseorang Mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing..Semakin tinggi keimanan dan amalan,kian laju menuju titian itu.

Al-Alamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab Bahjah An-Nufuus menegaskan,sesungguhnya disebut dalam hadis mengenai sifat sirat yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan ia mempunyai tujuh sekatan dan setiap sekatan itu mengambil masa 3,000 tahun perjalanan.


Dikatakan di tempat pemeriksaan pertama,manusia akan ditanya mengenai keimanannya kepada Allah.

Jika seseorang Mukmin itu tidak ragu-ragu dalam keimanannya,dia dilepaskan ke tempat pemeriksaan kedua (solat)..Begitulah seterusnya mengenai puasa,zakat,haji dan umrah,bersuci (wudhu dan mandi wajib) dan soal kemasyarakatan.

Imam Al-Ghazali meriwayatkan,tempat pemeriksaan ketujuh adalah tempat pemeriksaan paling sukar untuk melepaskan diri..Persoalan mengenai kezaliman ke atas manusia diperbincangkan.

Cepat atau lambat meniti sirat juga bergantung kepada cepat atau lambatnya seseorang itu berlumba untuk mencapai keredhaan.


Wallahu a'lam... 

Khamis, 20 Disember 2012

Perisai Muslimah

Muslimah itu seorang wanita Islam yang berperibadi Islam..Solehah pula,seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya,hanya menurut pandanganku sahaja..Jadi,jika ingin menjadi solehah,wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu..

Perisai itu,ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang..Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai..Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah..Perisai ini boleh ditembusi panahan panah juga acuan peluru,tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi..Kuasanya lebih hebat,mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya..

Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah,ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana..Kerana Neraka itu 'hot',Syurga itu 'sweet'.

Perisai,itulah tudung labuh..Semakin labuh tudungnya,semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya..Bukan mengharap penghormatan orang lain,cuma ingin memberitahu "aku seorang muslimah".

Dengan memakainya,muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu..Menjaga setiap gerak geri,itulah amanahnya.."Sedarlah muslimah yang berperisai..Anda membawa amanah tudung labuh..Apabila ia melindungimu,jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah,kerana apabila kau membolosinya,engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".

Kini,sedih apabila kedengaran di telinga,"Orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun"..Seorang sahaja yang membolosi perisainya,semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya..Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim",tapi cuba untuk menjaga diri dari Fitnah Dunia.

Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali,terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-

"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku,aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan..Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana Akhlaq itu Bunga Diri".

Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah..

Wahai muslimah,menutup aurat itu satu kewajipan,tidak kiralah bagaimana gayanya..

Berpakaianlah seperti seorang muslimah,kerana pakaian melambangkan diri mu..

Semoga Bermanfaat..

♥ Hati Yang Paling Indah ♥



CINTA 100%.

Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…

Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.

Kisah Sekeping Hati
 

Suatu ketika,seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik..Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai..Sememangnya hati pemuda itu,tiada celanya..Tidak carik walau sedikitpun..Permukaannya licin sempurna..Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima..Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba,di tengah-tengah keriuhan itu,muncul seorang tua..Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan..Lagaknya,seolah dia mahu membicarakan sesuatu.
 

"Wahai anak muda,mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?" Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan..Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya,tetapi hati itu dipenuhi luka..Di satu sisi,kelihatan permukaannya bertampal-tampal..Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya,tetapi ia kelihatan tidak berpadanan..Pada satu sudut yang lain,terdapat pula beberapa tanda patah..Bahkan,di beberapa tempat,terdapat lubang yang dalam,di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu,orang ramai saling berpandangan.


Tertanya-Tanya
 

"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?"fikir mereka.
Sementara itu,pemuda tampan tertawa.

"Tentu engkau bergurau,wahai orang tua," katanya.

"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku,apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna,sedangkan kepunyaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.

"Ya,memang benar" jawab si tua penuh kesabaran.

"Kepunyaanmu adalah sempurna,namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu..Andai saja kau lihat wahai anak muda,setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka..Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka,dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini,tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat,lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya,bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun,aku tetap menghargainya,kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami.. "Panjang lebar bicara orang tua..Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku,tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu,tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku..Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini..Kau tahu wahai anak muda,sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan..Walaupun bekas robekan itu menyakitkan,ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka..Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.

Nah,sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? "Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan itu terus terdiam..Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya..Dia menghampiri orang tua,mengambil hatinya yang sempurna,muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya..Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai,tetapi ia tidak sempurna,kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya,lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya..Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.


Hati Yang Paling Indah
 

AKU menangis..Seakan terpancar kefahaman di dalam diri ini bagaimana anjuran 'mencintai' yang dimaksudkan oleh junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW menerusi sabdanya yang bermaksud :

"Dari Abu Hamzah,Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW,dari Rasulullah SAW,baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ia bermaksud,memberi sepenuh hati.. 100%. Yang terbaik!

Sebagaimana kita menginginkan yang terbaik buat diri sendiri,begitulah juga sewajarnya yang kita lakukan berikan kepada orang di sekitar.

Tetapi,dengan satu ingatan..Jangan pula mengharap balasan yang sama, 100% ,terhadap apa yang telah diberikan itu,kerana bila pemberian mengharap balasan,maka dibimbangi tiada lagi keikhlasan padanya.

Oleh itu,tidak hairan mengapa Rasulullah SAW diiktiraf oleh ALLAH SWT sebagai semulia-mulia insan. Setelah sekian banyak hinaan,cacian dan penderitaan yang dialami,baginda tetap tampil menyebar salam beserta senyuman.

Tujahan batu-batu,diganti dengan kalungan doa,lemparan najis,diganti dengan untaian budi.


 Firman ALLAH SWT :
 

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ


Maksudnya : "Dan sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) benar-benar berbudi pekerti yang agung." ( Surah al Qalam ayat 4 )

Oleh itu,mari bersama kita usahakan,walau kasih tidak dihargai,kita tetap memberi..Walau khidmat tidak dipeduli,kita terus mencurah bakti.

Ingatlah,andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran,kita tidak akan pernah tahu apa yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya.

Yakinlah :



ALLAH mahu mendidik kita,DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA,yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi,adalah hati yang indah,bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa..Walaupun luka masih ada,namun sifat sabar,redha dan bersedia memaafkan menjadi 'antiseptik' yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.

Akhirnya,bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai,kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti,memahami dan menghargai.


Terus memuhasabah diri ini....
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI....

Jumpa lagi,InsyaALLAH.. =)

Rahsia Hidup Berkah Dengan 7 Sunnah Nabi


 
 
Cerdasnya orang yang beriman adalah,dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat &yang sekejap untuk hidup yang panjang.

Hidup bukan untuk hidup,tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup..Hidup bukan untuk mati,tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati,jangan mencari mati,jangan lupakan mati,tapi rindukan mati..Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT..Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup,tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari..Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah :

Pertama,
Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua,
membaca Al-Quran sebelum terbit matahari..Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga,
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh..Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid,kerana masjid merupakan pusat keberkahan,bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat,
jaga solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima
jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah,dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu..Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa,ampuni dosa dan sayangi dia ya
Allah”.

Ketujuh, 
puasa hari Isnin Khamis adalah hari istimewa kerana pada hari itulah Rasulullah dilahirkan, menjadi rasul dan mendapat wahyu (HR Muslim).

semua amal dibentangkan di hari Isnin dan Khamis..Kerana itu,sebagai orang beriman, MUHASABAH DIRI...
 
Semoga Bermanfaat..


Rabu, 19 Disember 2012

Orang Yang Pertama.. SubhanAllah..

 
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada Hari Kiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada Hari Kiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada Hari Kiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan Tarikh Hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama Syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama Syahid dalam Islam dari kalangan wanita: 
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis Hadis di dalam Kitab / Lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan Fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi Muazzin dan melaungkan Azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat Minbar Masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan Fisabilillah : 
Az-Zubair bin Al- Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis Sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan Usul Fiqh : Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi Raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan Baitul Mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: 
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhamamad SAW

Wahai,sahabat maya..baca dan hayatilah..kongsi dan sebarkanlah..semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. 

InsyaAllah..

Krisis Identiti Remaja Islam

"Cinta kita menyamai Cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha"

Inilah antara ucapan biasa hikayat cinta monyet anak muda kita..Bahkan ada yang sudah melampau batas..Malah melebihi pasangan yang sudah berkahwin..Tidak cukup dengan itu,ditambah pula dengan masalah keruntuhan Akidah dan Moral dalam kalangan Remaja Muslim.

Menurut ilmu psikologi,remaja akan mendepani krisis identiti bermula apabila sampai umur baligh..Menurut Imam Syafie,baligh lelaki pada umur 12 tahun dan perempuan pada umur 10 tahun..Proses remaja mula mencari identiti mereka..Krisis ini boleh dikatogerikan sebagai normal..Remaja lelaki mula bergaya seperti lelaki dewasa..Kalau dulu hanya sabun dan syampu kini ditambah dengan deodoran dan minyak wangi..Apatah lagi remaja perempuan,mungkin cuba untuk meniru penampilan si ibu dan kakak..Lipstik,maskara dan barang perhiasan mula menjadi barang kehendak mereka..Mereka mula belajar membuat keputusan sendiri..Mula ingin lari dari kekangan ibu bapa..Ingin bebas bersama fantasi dan dimensi hidup mereka sendiri..Bebas;berbuat apa sahaja,bebas;ke hulu dan ke hilir,bebas;memilih jalan hitam atau putih.

Kerana itu Islam mengajar pendidikan atau Tarbiyah yang terpundak ke atas ibu bapa atau penjaga..Islam menyuruh ibu bapa merotan anak mereka yang meninggalkan Solat apabila genap umur sepuluh tahun..Islam juga menyeru ibu bapa memberi pendidikan Agama yang awal kepada anak-anak mereka bermula sebelum lahir hingga mereka dewasa..Kesibukan ibu bapa memenuhi keperluan hidup mereka dan anak-anak memberi kesan kepada remaja muslim hari ini dalam aspek Akhlak dan Akidah.

Maka  Syeikh Yusuf Al Qadrawi menyeru remaja muslim hari ini untuk memahami Islam secara shahih..Menjadi kewajipan ke atas Remaja Muslim memahami Islam secara dengan kefahaman yang sebenar serta mendalaminya..Pemimpin dan Masyarakat  kita berusaha untuk mengurangkan apa yang ada dalam Islam dan mengeluarkan perkara asas dan hukum-hukum agar sesuai dengan gaya hidup mereka..Mereka mahukan Islam tanpa Ijtihad,Islam tanpa Hudud..Mahukan Islam tanpa poligami..Islam tanpa Daulah dan undang-undang..Daulah dan Agama itu berbeza seperti yang dilaungkan oleh puak sekularisme..Paling parah apabila yang Halal menjadi Haram dan yang Haram menjadi Halal.

Menjadi kewajipan ke atas remaja muslim memahami Islam dengan kefahaman yang baik..Tetapi bukan bermakna  kita harus meninggalkan  profesion;kejuteraan,perubatan,ekonomi dan undang-undang,kemudian menumpukan masa untuk membaca kitab-kitab hadis,kitab sirah,usul dan sebagainya sepenuh masa..Namun,cukup sekadar yang diperlukan di dalam memahami Agamanya..Ilmu yang dapat menjernihkan Akidah,membetulkanI badah,menyuluh jalan agar mematuhi halal dan haram,membezakan Larangan danSuruhan serta membina jati diri remaja muslim yang sejati..Sebagai contoh,hukum-hukum solat dan bersuci perlu dipelajari dan difahami dengan baik supaya sempurna dan sahnya ibadat yang kita lakukan..Begitu juga hukum-hukum asasi yang lain..Perkara yang menyedihkan,realiti remaja kita yang masih tidak tahu mengucap Syahadah apatah lagi Solat dan Puasa.

Remaja yang membawa Risalah Dakwah pula serta mempunyai Fikrah yang jelas perlu berusaha untuk menjana prestasi Cemerlang dalam bidang Akademik..Menjadi Qudwah sehingga orang Awam dapat mengambil Iktibar bahawa beragama bukanlah menjadi penghalang kepada kecermelangan Akademik.

Tidak dinafikan pendidikan sekarang menjahilkan remaja Muslim kita..Pendidikan yang gagal untuk membina jati diri,akidah dan akhlak..Remaja kini hanya lebih banyak mengenal tokoh Eropah melebihi sejarah Islam,mengenal Napoleon melebih Nabi Muhammad s.a.w dan mengenal kebangkitan Perancis melebihi Pembukaan Kota Mekah..Remaja Muslim perlu menyuburkan kembali semangat menuntut ilmu..Menyuburkan kembali sifat ketekunan yang hilang pada orang Islam sekarang..Moga kita tidak terus lemas dalam arus Duniawi.

Pepatah Arab ada berbunyi “ Ilmu tanpa Amal ibarat,pokok tanpa buah”..Persoalan yang patut kita fikir kembali,adakah cukup sekadar kita memahami,mendalami dan mempelajari sahaja ilmu agama hatta ilmu duniawi sekalipun..Bayangkan seorang pelajar Perubatan hanya menamatkan pengajian di universiti selama lima tahun dan kemudian hanya duduk di rumah setelah tamat belajar tanpa bekerja..Sia-sia bukan? Maka,adakah Islam memerintahkan kita supaya menjadi ahli falsafah sahaja dan cukup ilmu agama sekadar memenuhi otak tanpa gerak kerja?Justeru,perlunya kepada beramal dengan ilmu-ilmu yang diperolehi..Melalui pesan Imam Ghazali;"Ilmu tanpa Amal Gila,dan Amal tanpa Ilmu tidak menjadi."

Semoga Bermanfaat.

Nasihat Buat Wanita

 Wanita Solehah
1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah,tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak..Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat,maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Kiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah,samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya,akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah,laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat Api Neraka,tidak pernah aku lihat seperti hari ini,kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya..Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita."Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya..Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan Ahli Neraka adalah terdiri dari kaum wanita."Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian,adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak,mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan Nikmat suaminya,sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam Syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan,kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya..(Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah..(Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa..(Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan- rakan,alam sekeliling dan suasana serta kemewahan Lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda:
" Tiga golongan dari umatku akan mengisi Nereka Jahanam selama 7 kali umur dunia..Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat Agama.

* Orang yang Alim tapi Jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r.a. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku,kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan..Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali..Itulah suami mu..Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung)..Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya..Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu..Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik..Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya,pendengarannya, matanya dan lain-lain..Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku,aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu. b. Apabila engkau berada di rumah orang lain,maka jagailah pandangan mu. c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. e. Ingat kepada Allah s. w. t. f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu. h. Ingat kepada mati.

23. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. e. Berdiri menyambut kedatangannya. f. Berdiri menghantar pemergiannya. g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. l. Memuliakan keluarga suaminya. m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. n. Ketahuilah,Syurga dan Neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga..Apabila ada suasana Agama dalam kehidupan maka Hidayat dan Nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang..Rumahtangga dirahmati Allah,keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita..6 pesanan itu adalah amalan nurani.

Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklah khatam2x setahun..Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya..Disamping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada..Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih,tahmid,tahlil dan takbir "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim"
100x...Selawat ke atas Nabi 100x dan beristighfar 100x..Selain daripada itu amalkanlah doa-doa Masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan itu masa hendak makan,tidur,masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini..Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat itu menutup aurat,berkeadaan suci dan berbau wangi..Majlis mempelajari Agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal..Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal.. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat)..Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya..Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.

4. Mendidik anak secara Agama dan Sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama Dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara Istiqamah dan Ikhlas setiap hari..Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami..Jika suami Redha ke atas kita maka Allah s. w. t. akan redha ke atas kita..Berzikir,berdoa,beristighfar,membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap Umat Islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya..Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah.

Mutiara Kata

Saidina Ali r.a.

* Sifat pemarah adalah musuh utama akal.
* Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.
* Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya.
* Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.


Ja'far Ash-Shadiq Radhiallahu a'nhu berkata kepada anaknya: "Jangan kamu bersama dengan tiga golongan ini,kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala murka terhadap mereka ini,mereka adalah:

1.Jangan kamu bergaul dengan orang yang bermaksiat kepada Allah kerana dia telah memutuskan tali antara dia dengan Allah SWT
2.Jangan kamu bergaul dengan orang yang derhaka akan ibu bapanya,kerana dia orang yang terlaknat
3.Dan jangan kamu bergaul dengan pendusta,kerana dia akan mendekatkan yang jauh bagimu dan menjauhkan yang dekat daripadamu

-Dipetik dari kitab JAGALAH ALLAH,ALLAH MENJAGAMU (Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)



Hamka

* Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.

* Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya.

* Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang.


 "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"


"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan".


"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia".

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"

"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"



Luqman Al-Hakim

*Walaubagaimana alim pun seorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.
زهرة الجنه

Selasa, 18 Disember 2012

MUSLIMAH SEJATI WANITA DIKASIHI WANITA SOLEHAH MUSLIMAH SEJATI

Muslimah Sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni..Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan Insaniah..Jika sentiasa dijaga dengan didikan Syariah,mereka akan menghiasi Taman Syurgawi di Akhirat nanti..Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi Muslimah Solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir..Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya..

Muslimah Sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman..Personaliti Wanita Idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu..Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh,namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani..Ketaatannya menyejukkan kalbu,bagaikan titisan Embun di pagi yang dingin sehingga menjadi Suri Teladan Generasi yang akan datang..Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia..Namun lebih daripada itu,wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan Impiannya..Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya..


 WANITA YANG DIKASIHI
Wanita bagaikan Permata yang lama terkubur di lembah kejahilan..Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang Mekar setelah disinari Cahaya oleh insan yang berbudi luhur..Rasulullah s.a.w telah mengangkat Darjat wanita ke tahap yang paling tinggi,sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan,kelembutannya menyejukkan hati bila memandang..Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan..Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat,melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni Neraka..Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t..

 WANITA SOLEHAH
Wanita Solehah merupakan Calon Penghuni Syurga,menjadi Dambaan Insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu..Keindahan Akhlaknya memancarkan keluhuran Nurani,menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti..Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran,membuahkan hikmah umpama senandung rindu Syair Keinsafan..Setiap Nasihat dan Wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi Pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah..Buaian Nafsu dan kenikmatan Dunia bagaikan Biasan Cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya..Kezuhudannya tersimpan rapi dalam Mahligai Impian untuk dinikmati dalam taman-taman Syurgawi..

Semoga menjadi Pedoman Wanita yang ingin menjadi Remaja Cemerlang,Isteri Solehah,dan Ibu yang penyayang.. Insya Allah....