Ahad, 31 Mac 2013

♥~Wanita Perhiasan Dunia~♥

Wanita Ibarat Bunga...
Cantik indahnya pada pandangan MATA...
Yang kekal menjadi PUJAAN manusia,hanyalah wanita
yang mulia AKHLAK-NYA...
Kerana akhlak itu umpama bunga diri...
Tiada guna berwajah CANTIK tetapi hati KOSONG dari ILMU...
Ibarat Bunga,ada yg cantik bila dipandang,tetapi busuk BAU-NYA...
Ada pula yg kurang MENARIK dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yg TIDAK menarik pada pandangan mata kasar,tetapi
bila dihalusi dgn MATA HATI,ternyata amat TINGGI NILAI-NYA... n_n

"Harta yg paling berharga di dunia adalah wanita yg solehah"
{Hadis Riwayat Muslim}

Rasulullah s.a.w juga turut menyuruh umatnya supaya perlakukan wanita
sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yg bermaksud :

"Mereka yg paling sempurna dikalangan mereka yg ikhlas adalah mereka yg mempunyai
akhlak yg terbaik dan yg dikalangan kamu yg paling baik terhadap isterinya"

Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah
Allah ia jadikan sebagaimana dalam sabdanya yg bermaksud :

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yg
bengkok adalah bahagian yg tertinggi,jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan
mematahkannya dan jika kamu biarkan ia akan tetap bengkok,maka berlaku baiklah
terhadap kaum wanita kamu"

Fitrah telah mengurniakan wanita Dua Ciri :
*kedegilan
*rasa malu

Anas b.Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tidak soleh..Dan seorang wanita
yg melayan suaminya selama seminggu,maka ditutupkan baginya 7 Pintu Neraka dan
dibuka 8 Pintu Syurga yg mana Dia dapat masuk dari mana saja tanpa hisab"

Siti Aisyah a.s meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Tidaklah seorang wanita yg haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosanya yg
telah lalu..Dan pada hari pertama haidnya membaca 'Alhamdulillah ala kulli hal wa
astaghfirullahi min kulli zanbin' ..Maka Allah menetapkan baginya bebas dari Neraka
dgn mudah memalui Sirat,aman dari seksaan bahkan Allah mengangkat atasnya darjat 40
orang Syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya"

"Apabila seorang dari mereka diberi khabar dgn kelahiran anak perempuan hitamlah muka
dan dia sangat marah"
{Surah An-Nahl : 58}

"Dan kaum perempuan mempunyai hak setimbang dgn hak lelaki terhadap mereka dgn cara
yg sopan dan baik"
{Surah Al-Baqarah : 227}

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya Allah ialah Dia yg menciptakan utk kamu isteri-isteri
supaya kamu cenderung dan mesra tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa sayang..
Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yg berfikir"
{Surah Ar-Rum : 21}

Sayyidina Aisyah a.s pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w :

"Hak manusia manakah yg paling besar yg diwajibkan ke atas perempuan (wanita) ?Rasulullah s.a.w
menjawab : Hak suaminya"

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Sekiranya aku memerintahkan seseorang sujud kepada seseorang yg lain pastilah aku memerintah
perempuan (isteri) sujud pada suaminya,lantaran sangat besar hak suami di atas isteri dan si isteri
tidak akan mendapat mengecap kemanisan Iman melainkan setelah ditunaikan hak-hak suaminya"
{Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a}

Hadis Nabi Muhammad s.a.w :

"Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yg lebih kuat daripada kaum
lelaki..Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut,jawab Rasulullah s.a.w : "Ibu lebih
penyayang dari bapa dan doa orang yg penyayang tidak akan sia-sia"

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur tiba-tiba si isteri menolak,suaminya tidur dlm
kemarahan kepadanya,malaikat melaknatnya sehingga ke pagi esok"
{Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim}

"Sebaik-baik perempuan ialah perempuan yg apabila engkau melihat kepadanya,dia menyenangkan
hati engkau dan jika engkau memerintahkannya,dia taat dan jika engkau tidak bersamanya dia
menjaga harta engkau dan juga dirinya"

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Perempuan itu adalah aurat,sesungguhnya bahawa perempuan yg keluar dari rumah sedangkan dia
tiada sebarang urusan yg penting,maka Syaitan akan menoda mereka dgn kata bahawa jika kamu
bersua dgn sesiapa sahaja engkau menariknya,bahawa apabila perempuan itu memakai pakaiannya
syaitan akan berkata kepadanya : "Engkau hendak ke mana? Maka perempuan itu akan menjawab :
saya akan melawat seorang yg sakit atau menyaksikan jenazah atau sembahyang di masjid dan ibadat
seorang perempuan terhadap Tuhannya di rmah lebih baik dari yg lain"

"Katakanlah kepada wanita yg beriman hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara
kemaluan dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali apa yg zahir daripadanya dan hendaklah
mereka menutup dada mereka dgn tudung-tudung mereka dan janganlah mereka menampakkan
perhiasan mereka melainkan kepada suami-suami mereka"
{Surah An-Nur : 31}

"Wahai Nabi Muhammad s.a.w,katakanlah kepada isteri-isterimu,amah-amah,perempuan dan
isteri-isteri orang Mukmin hendaklah mereka menghulurkan jilbab (sejenis baju seumpama baju kurung
yg luas yg dapat menutup kepala,muka dan dada) keseluruhan tubuh mereka,yg demikian supaya
mereka lebih mudah utk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah adalah Maha Pengampun
dan Maha Penyayang"
{Surah Al-Ahzab : 59}

"Mana-mana perempuan yg meninggal dunia dlm keredhaan suaminya dia akan masuk Syurga"
{Hadis Riwayat At-Tarmizi}

"Mana-mana perempuan yg keluar dari rumahnya tanpa mendapat keizinan suaminya,dia dlm
kemurkaan Allah sehinggalah dia pulang ke rumah atau suaminya meredhainya"

"Mana-mana perempuan meminta suaminya menceraikan (talak) tanpa sebab-sebab yg kuat
maka haram baginya bawah Syurga"

"Bahawa perempuan,apabila dia sembahyang 5 waktu,puasa bulan Ramadhan dan menjaga
kemaluannya dan taat pula kepada suaminya,dia dapat memasuki mana-mana pintu dari
pintu-pintu syurga"
{Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a}

"Mana-mana perempuan berkata kepada suaminya aku tidak pernah melihat kebaikan dari
engkau melainkan Allah menggugurkan (merosakkan) amalannya selama 70 tahun,sekalipun
dia berpuasa di siang hari dan beribadat di kala malam"

"Mana-mana perempuan yg memakai bau-bauan kemudian dia keluar dari rumahnya,dan melalui
di suatu kaum atau kumpulan dgn tujuan supaya bau harumnya dicium,maka dia adalah umpama
perempuan yg berzina"
{Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Abu Daud}

"Barangsiapa yg mempunyai anak perempuan,lalu dia mengajarnya dan mendidiknya dgn baik,
maka anak itu kelak akan menjadi tabir yg melindunginya dari Api Neraka"
{Hadis Riwayat Bukhari}

Wallahu A'lam.....

1 ulasan: