Sabtu, 13 September 2014

Renungan Diriku Dan Dirimu ~♥

Diriku,

Dalam rancak kita menyiram taman hati insan lain,jangan kita terlupa membaja taman hati sendiri,agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,tersentuh dengan daulat-Nya,merasa terpikul amanah Ad-Deen ini.Bukan kerana kita berjemaah,namun kerana kita di bawah perintah-Nya.

Diriku,

Seringkah kita mencari jalan,agar hati sentiasa lembut halus sentuhanNya,agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,insafi kekerdilan,kelemahan,kealpaan & kesilapan diri.Ketahuilah diriku dirimu,hati itu keras,khusyu'mu kurang,syukur & redhamu tidak banyak kita hadiahkan pada-Nya,terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,

Tunaikanlah solat dalam khusyu' dan tenang,muhasabahlah diri kala sunyi,selamilah kalam-kalam Al-Quran yang kita perjuangkan.Padanya ada bekalan,untuk kita terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,

Pada nawafil & amalan sunat,ada jalan yang hampir untuk berkasih sayang dengan Allah,pada Qiamullail di keheningan malam,bersama bisikan doa & munajatmu,diiringi esakan airmata keinsafan & keikhlasanmu,kita akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya.Di situ ada bekalnya.. Lazimilah awal diri dengan Al-Mathurat,pasti kita akan mengenali siapa diri kita sebagai khalifah di muka bumi.

Diriku,

Pada tawadhu', pada ukhwah fillah,pada infaq fisabilillah,pada uzlah muhasabah diri,pada zikir selawat,adalah ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,

Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,yang dapat memberikan nafas kepada hati yang mati.Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan.Hati yang sakit apatah lagi mampu menghidupkan hati yang mati.

Diriku,

Amanahlah kita di hadapan manusia,kerana kedaulatan Tuhanmu.Namun rasailah kekerdilan diri,di hadapan kudrat dan iradatNya.PACAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN,yakni MEMPERJUANGKAN KEBENARAN...

Pesanan buat diriku dan juga dirimu :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan,kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut.

~Jangan bertangguh melakukan kebaikan.
Semoga Bermanfaat. n_n

Tiada ulasan:

Catat Ulasan