Selasa, 2 Disember 2014

Hikmahnya Sakit~




Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu. 

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian ini bermunafa'at.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar..

Sabtu, 11 Oktober 2014

Astagfirullahaladzim


Astaghfirullahaladzim ...

Saat Syahadat-ku sebatas ucapan..
Saat Shalat-ku sebatas gerakan..
Saat Shaum-ku sebatas kewajiban..
Saat Zakat-ku sebatas keharusan..
Saat Haji-ku sebatas kebanggaan..
Saat itu pula…
Kesia-siaan terbesar ada pada diriku…

Saat Islam-ku sebatas pakaian..
Saat Iman-ku sebatas ucapan..
Saat ihsan-ku sebatas pengetahuan..
Saat itu pula…
Ada penipuan terbesar dalam diriku..

Saat kematian dianggap hanya cerita..
Saat neraka hanya dianggap hanya berita..
Saat siksa hanya di anggap kata..
Saat itu pula…
Kesombongan terbesar ada padaku..

Saat takdir dianggap tak mungkin..
Saat hidup kembali… dianggap mustahil..
Saat Tuhan dianggap nihil..
Saat itu pula…
Kedurhakaan terbesar ada pada diriku..

Bukankah aku memiliki hati?
Bukankah aku memiliki jasmani?
Dan bukankah aku memiliki akal budi?
Maka harmoniskanlah semuanya.. Ya Robbi…
Semua Hanya Untuk-MU….

Astaghfirullah..!!!


Bangkitla LillaiTaala~




Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan
dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa
kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan
kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di
mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun diri kita, kita masih mempunyai nilai yang
tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus
berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.


Ahad, 5 Oktober 2014

Cinta itu menguatkan kita

Sedemikian rupa kau tenggelam dalam harapan dan impianmu, tanpa sedar bahwa kau adalah harapan dan impian seseorang..


Istikarah cinta

Tak perlu terlalu sering berkomunikasi.
Biarlah saling memikirkan satu sama lain,
saling merindukan satu sama lain,
saling mengenang satu sama lain.
Biarkan dia masuk semakin dalam ke hatimu
dan kau masuk lebih dalam ke hatinya.
Hingga kala bertemu,
lewat tulisan, suara atau tatap muka,
terjalin perbincangan yang penuh makna, dari hati ke hati,
karena dia di hatimu
dan kau di dalam hatinya..

Selasa, 16 September 2014

Untungnya seorang muslimah~


Kesian Perempuan..~

diam — dia lemah .
lantang — nampak salah .
mesra — dia gatal .
pasif — dipijak-pijak .
kahwin — ’ bila beranak? ‘
tak kahwin — pasti digelak .
berhijab — dikata kolot. jahat. menunjuk-nunjuk.
tak tutup — lagilah heboh .
setia — dimadu laki .
curang — dicanang keji .
terlalu cinta — dimain-mainkan .
terlalu berjaga — dimarah-marahkan .
menangis — rimas selalu .
mata kering — dipanggil kepala batu .
buat betul — pelbagai benda dipersoal .
buat silap — sekampung berbual .




Tapi UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan kejian dan hinaan..SYURGA adalah tempatnya ... cukup menjadi SOLEHAH kerana ALLAH ..dirinya sebaris dgn para bidadari dan mungkin lebih atas lagi ..






Kau terbela menjadi Muslimah.

Tiada siapa boleh merampas nikmat ini.

Nikmat iman dan Islam.

Selagi kita menjaga agama ini,
selagi itu kita sentiasa rasa terbela..~





Isnin, 15 September 2014

Munajat Hamba

Di kala senja itu
Termenungku sendirian
Terasa hati ini
Jauh dari Rahmat Allah
Dosa-dosa yang aku lakukan
Menusuk di ruang kotak fikiran
Masih ada pengampunan buatku?


Dalam ketenangan sepertiga malam
Saat itulah Allah menyuntik
Seribu satu rasa pada hati manusia
Saat mula rasa itu mula menerjah ke hati
Maka terciptalah titis-titis keinsafan
Pada manusia yang sedang mencari Redhanya.


Ya Allah....
Hanyalah padamu ku hadapkan diri
Untuk memohon keampunan
Mencari segenggam Rahmat
Untuk memanduku menuju Iman & Takwa


Wahai Yang Maha Pengasih....
Engkau bantulah aku dengan serpihan kasih sayang-Mu
Bantulah aku menjahit kembali
Sejadah Iman yang kian terkoyak
Engkau balutlah luka hatiku
Dengan sinar cahaya iman.

Allahumma AAmiin Ya Mujib....


Sabtu, 13 September 2014

Wanita itu..



Jangan kamu tertipu dengan wanita di dunia. Syech Malik bin Dinar katakan :- `Nilai seorang wanita tercantik di dunia ini adalah tak lebih dari 2 butir kurma saja`

Wanita, walaupun lemah tetapi teriakan mereka mampu merubah dunia,
asbab wanita berteriak serukan jihad.

akan tetapi betapa banyak pula teriakan wanita membawa lelaki ke penjara..akibat nafsu xpernah cukup. meminta dipenuhi dunia. Sehingga lelaki kehilangan akal sehatnya, berbuat kejahatan. betapa ramai pulak lelaki terjerumus ke dalam lam-lam dan Ghoyya.. suatu lembah di Neraka.

Kelak wanita akan menyesal.. telah terfitnah dan menyebar fitnah akibat x berhijab~




 Tetapi wanita sholehah itu, wanita yang siap korban menghinakan diri untuk Allah,dan akan melahirkan orang-orang soleh/ha. Lihatla Hajar,Sarah,Maryam r.ha.Bahkan ketika peristiwa israj mikraj Nabi mulia S.A.W telah mencium bau harum dari pusara Mashita, yakni seorang wanita yang mengorbankan seluruh keluarga untuk ALLAH S.W.T.

Renungan Diriku Dan Dirimu ~♥

Diriku,

Dalam rancak kita menyiram taman hati insan lain,jangan kita terlupa membaja taman hati sendiri,agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,tersentuh dengan daulat-Nya,merasa terpikul amanah Ad-Deen ini.Bukan kerana kita berjemaah,namun kerana kita di bawah perintah-Nya.

Diriku,

Seringkah kita mencari jalan,agar hati sentiasa lembut halus sentuhanNya,agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,insafi kekerdilan,kelemahan,kealpaan & kesilapan diri.Ketahuilah diriku dirimu,hati itu keras,khusyu'mu kurang,syukur & redhamu tidak banyak kita hadiahkan pada-Nya,terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,

Tunaikanlah solat dalam khusyu' dan tenang,muhasabahlah diri kala sunyi,selamilah kalam-kalam Al-Quran yang kita perjuangkan.Padanya ada bekalan,untuk kita terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,

Pada nawafil & amalan sunat,ada jalan yang hampir untuk berkasih sayang dengan Allah,pada Qiamullail di keheningan malam,bersama bisikan doa & munajatmu,diiringi esakan airmata keinsafan & keikhlasanmu,kita akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya.Di situ ada bekalnya.. Lazimilah awal diri dengan Al-Mathurat,pasti kita akan mengenali siapa diri kita sebagai khalifah di muka bumi.

Diriku,

Pada tawadhu', pada ukhwah fillah,pada infaq fisabilillah,pada uzlah muhasabah diri,pada zikir selawat,adalah ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,

Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,yang dapat memberikan nafas kepada hati yang mati.Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan.Hati yang sakit apatah lagi mampu menghidupkan hati yang mati.

Diriku,

Amanahlah kita di hadapan manusia,kerana kedaulatan Tuhanmu.Namun rasailah kekerdilan diri,di hadapan kudrat dan iradatNya.PACAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN,yakni MEMPERJUANGKAN KEBENARAN...

Pesanan buat diriku dan juga dirimu :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan,kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut.

~Jangan bertangguh melakukan kebaikan.
Semoga Bermanfaat. n_n

Wahai Hati Bersikap Terbukalah~ ♥

Ingatlah bahawa.....

Seandainya Allah tidak mengurniakan seseorang yang kamu impikan,
Semoga Dia mengurniakan seseorang yang mengimpikan dirimu..

Seandainya Allah tidak mengizinkan seseorang yang kamu rindukan,
Semoga Dia mengizinkan seseorang yang sentiasa merindukan dirimu..

Seandainya Allah tidak menghadirkan seseorang yang kamu dambakan,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang selalu mendambakan dirimu..

Seandainya Allah tidak memberikan seseorang yang hatimu ikhlas terhadapnya
dalam kehidupan ini,Semoga Dia memberikan seseorang yang ikhlas hatinya terhadap dirimu..

Seandainya Allah tidak menyatukan hatimu dengan seseorang yang kamu cintakan,
Semoga Dia menyatukan hatimu dengan seseorang yang tulus mencintaimu..

Yang bukan hanya kerana apa yang ada padamu
Tetapi apa adanya seadanya dirimu....

Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati
dan ketaqwaan kepada-Nya..
InsyaAllah.....

Duhai Hati,
Sentiasalah bersikap terbuka,
InsyaAllah,pasti dirimu akan BAHAGIA.
Aamiin Ya Mujib.  n_n


Al-Ghaffar (Maha Pengampun),Al-Ghafur (Maha Pengampun),Al-Afuww (Maha Pemaaf)

Ghaffar menunjukkan tahap pengampunan yang luhur iaitu pengampunan yang berulang-ulang,
sementara Ghafur mengampunkan secara utuh dan menyeluruh iaitu tahap pengampunan yang
sempurna manakala Afuww lebih intensif iaitu meleburkan dosa dan menghilangkannya sama sekali.
Subhanallah...

"Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang dan berbuat baik,Allah menjamin pahalanya."
                                              (Surah Asy-Syura :40)

                           Ya Allahu,Ya Ghaffar,Ya Ghafur,Ya Afuww...
Sesungguhnya Engkau yang Maha Pengampun dan Maha Pemaaf,dengan kerendahan hati,
kami memohon daripada-Mu ampunkanlah dosa-dosa kami dan kesalahan-kesalahan kami
yang telah lalu dan akan datang,yang kami lakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja.

                                                  Aamiin Ya Mujib.

Selasa, 9 September 2014

Bersangka Baik~ ♥

Sangka baik kita terhadap seseorang walaupun sebenarnya dia tidak sebaik 
yang kita sangka,tetap memberi kebaikan...itu akan memperbaiki diri kita! 

Orang yang cinta seseorang dengan keyakinan orang yang dicintainya itu dicintai Allah, 
tetap akan mendapat kelebihan orang yang menyintai kerana Allah walaupun hakikatnya 
orang yang dicintainya itu bukan orang yang mencintai ALLAH!

Namun berdoalah,supaya kita menyintai orang yang benar-benar menyintai Allah.
Amin..


Srikandi ~ ♥

Dulu, 
Bila disebut Lelaki, 
Wanitanya mendongak megah, 
Lelaki kami Asadullah,Saifullah 
Tokoh ramai tak terkira


Kini, 
Bila disebut lelaki, 
wanitanya menunduk lemah 
Tokoh kami sedikit sekali 
Ramainya,boneka yahudi


Dulu, 
Bila disebut lelaki 
wanitanya tenang di hati 
Lelaki kami menjaga,melindungi 


Kini, 
Bila disebut lelaki 
Wanitanya mahu cabut lari 
Lelaki khianat,perogol bersiri 


Dulu, 
Bila wanita dibawah jagaannya, 
Lelaki memagari sehabis daya 
Tiada siapa berani menggoda 


Kini, 
Bila wanita dibawah jagaannya 
Lelaki tak kisah auratnya terbuka 
Wanita dibiar bebas binasa


Dulu, 
Lelaki menggadai harta dan nyawa 
Untuk mengangkat kemuliaan agama


Kini, 
Lelaki menggadai ketinggian agama 
Demi nafsu,dunia dan seisinya


Dulu, 
Lelaki bermatian mencipta sejarah 
Kental berjihad tekun berdakwah


Kini, 
Lelaki hanya menyanjung sejarah 
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah


Dulu, 
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah 
Al-Farouq,Zunurain mati terbunuh


Kini, 
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya 
Hingga sanggup membunuh


Dulu, 
Lelaki bersatu menghadapi musuh 
Angkatannya kuat dan teguh


Kini, 
Lelaki berpuak dan berpecah 
Sesama sendiri saling bertelingkah 


Kembalilah lelakiku 
Pada kelakianmu 
Kami rindukan lelaki dulu 
Acuan madrasah rasul


Karya Fatimah Syarha ~ 
Syabab Musafir Kasih ~ 

Srikandi ~ ♥





Ahad, 7 September 2014

Lautan Air mata Di Taman Orang-orang Soleh

Petikan dari buku Lautan Air Mata di taman orang-orang soleh ♥

"Setitis air mata yg jatuh daripada mata eorang mukmin krn takut kepada Allah adalah lebih baik baginya daripada dunia dan seisinya adalah lebih baik baginya daripada ibadah setahun.Merenungi keagungan dan kekuasaan Allah sesaat adalah lebih baik daripada puasa enam puluh hari dan berdiri utk ibadah (qiamullail) enam puluh malam." Demikian Sabda Rasulullah SAW,seperti yg diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a.

Di taman kehidupan orang-orang soleh,air mata dan rindu menderas harapan dan cemas (khauf wa-raja') mengalirkan kepasrahan dan keyakinan kepada Zat Maha Tinggi Allah 'Azza Wa-Jalla',mengusir kesombongan dan keangkuhan di setiap rongga dlm diri mereka.

Nafas mereka ialah zikir,gerak dan langkah mereka ialah istighfar,sehingga cahaya membungkus jiwa mereka dgn sutera kemuliaan.
Air mata cinta dan rindu mereka menjelma lautan,lautan air mata di dunia utk lautan Syurga di Akhirat.

Wallahu a'lam Bissawwab...