Rabu, 19 Disember 2012

Krisis Identiti Remaja Islam

"Cinta kita menyamai Cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha"

Inilah antara ucapan biasa hikayat cinta monyet anak muda kita..Bahkan ada yang sudah melampau batas..Malah melebihi pasangan yang sudah berkahwin..Tidak cukup dengan itu,ditambah pula dengan masalah keruntuhan Akidah dan Moral dalam kalangan Remaja Muslim.

Menurut ilmu psikologi,remaja akan mendepani krisis identiti bermula apabila sampai umur baligh..Menurut Imam Syafie,baligh lelaki pada umur 12 tahun dan perempuan pada umur 10 tahun..Proses remaja mula mencari identiti mereka..Krisis ini boleh dikatogerikan sebagai normal..Remaja lelaki mula bergaya seperti lelaki dewasa..Kalau dulu hanya sabun dan syampu kini ditambah dengan deodoran dan minyak wangi..Apatah lagi remaja perempuan,mungkin cuba untuk meniru penampilan si ibu dan kakak..Lipstik,maskara dan barang perhiasan mula menjadi barang kehendak mereka..Mereka mula belajar membuat keputusan sendiri..Mula ingin lari dari kekangan ibu bapa..Ingin bebas bersama fantasi dan dimensi hidup mereka sendiri..Bebas;berbuat apa sahaja,bebas;ke hulu dan ke hilir,bebas;memilih jalan hitam atau putih.

Kerana itu Islam mengajar pendidikan atau Tarbiyah yang terpundak ke atas ibu bapa atau penjaga..Islam menyuruh ibu bapa merotan anak mereka yang meninggalkan Solat apabila genap umur sepuluh tahun..Islam juga menyeru ibu bapa memberi pendidikan Agama yang awal kepada anak-anak mereka bermula sebelum lahir hingga mereka dewasa..Kesibukan ibu bapa memenuhi keperluan hidup mereka dan anak-anak memberi kesan kepada remaja muslim hari ini dalam aspek Akhlak dan Akidah.

Maka  Syeikh Yusuf Al Qadrawi menyeru remaja muslim hari ini untuk memahami Islam secara shahih..Menjadi kewajipan ke atas Remaja Muslim memahami Islam secara dengan kefahaman yang sebenar serta mendalaminya..Pemimpin dan Masyarakat  kita berusaha untuk mengurangkan apa yang ada dalam Islam dan mengeluarkan perkara asas dan hukum-hukum agar sesuai dengan gaya hidup mereka..Mereka mahukan Islam tanpa Ijtihad,Islam tanpa Hudud..Mahukan Islam tanpa poligami..Islam tanpa Daulah dan undang-undang..Daulah dan Agama itu berbeza seperti yang dilaungkan oleh puak sekularisme..Paling parah apabila yang Halal menjadi Haram dan yang Haram menjadi Halal.

Menjadi kewajipan ke atas remaja muslim memahami Islam dengan kefahaman yang baik..Tetapi bukan bermakna  kita harus meninggalkan  profesion;kejuteraan,perubatan,ekonomi dan undang-undang,kemudian menumpukan masa untuk membaca kitab-kitab hadis,kitab sirah,usul dan sebagainya sepenuh masa..Namun,cukup sekadar yang diperlukan di dalam memahami Agamanya..Ilmu yang dapat menjernihkan Akidah,membetulkanI badah,menyuluh jalan agar mematuhi halal dan haram,membezakan Larangan danSuruhan serta membina jati diri remaja muslim yang sejati..Sebagai contoh,hukum-hukum solat dan bersuci perlu dipelajari dan difahami dengan baik supaya sempurna dan sahnya ibadat yang kita lakukan..Begitu juga hukum-hukum asasi yang lain..Perkara yang menyedihkan,realiti remaja kita yang masih tidak tahu mengucap Syahadah apatah lagi Solat dan Puasa.

Remaja yang membawa Risalah Dakwah pula serta mempunyai Fikrah yang jelas perlu berusaha untuk menjana prestasi Cemerlang dalam bidang Akademik..Menjadi Qudwah sehingga orang Awam dapat mengambil Iktibar bahawa beragama bukanlah menjadi penghalang kepada kecermelangan Akademik.

Tidak dinafikan pendidikan sekarang menjahilkan remaja Muslim kita..Pendidikan yang gagal untuk membina jati diri,akidah dan akhlak..Remaja kini hanya lebih banyak mengenal tokoh Eropah melebihi sejarah Islam,mengenal Napoleon melebih Nabi Muhammad s.a.w dan mengenal kebangkitan Perancis melebihi Pembukaan Kota Mekah..Remaja Muslim perlu menyuburkan kembali semangat menuntut ilmu..Menyuburkan kembali sifat ketekunan yang hilang pada orang Islam sekarang..Moga kita tidak terus lemas dalam arus Duniawi.

Pepatah Arab ada berbunyi “ Ilmu tanpa Amal ibarat,pokok tanpa buah”..Persoalan yang patut kita fikir kembali,adakah cukup sekadar kita memahami,mendalami dan mempelajari sahaja ilmu agama hatta ilmu duniawi sekalipun..Bayangkan seorang pelajar Perubatan hanya menamatkan pengajian di universiti selama lima tahun dan kemudian hanya duduk di rumah setelah tamat belajar tanpa bekerja..Sia-sia bukan? Maka,adakah Islam memerintahkan kita supaya menjadi ahli falsafah sahaja dan cukup ilmu agama sekadar memenuhi otak tanpa gerak kerja?Justeru,perlunya kepada beramal dengan ilmu-ilmu yang diperolehi..Melalui pesan Imam Ghazali;"Ilmu tanpa Amal Gila,dan Amal tanpa Ilmu tidak menjadi."

Semoga Bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan